Friday, July 10, 2009

Hijab 2

Six criteria for Hijab.





According to Qur’an and Sunnah there are basically six criteria for observing
hijab:

1. Extent:

The first criterion is the extent of the body that should be covered. This is different for men and women. The extent of covering obligatory on the male is to cover the body at least from the navel to the knees. For women, the extent of covering obligatory is to cover the complete body except the face and the hands upto the wrist. If they wish to, they can cover even these parts of the body. Some scholars of Islam insist that the face and the hands are part of the obligatory extent of ‘hijab’.

All the remaining five criteria are the same for men and women.

2. The clothes worn should be loose and should not reveal the figure.

3. The clothes worn should not be transparent such that one can see through them.

4. The clothes worn should not be so glamorous as to attract the opposite sex.

5. The clothes worn should not resemble that of the opposite sex.

6. The clothes worn should not resemble that of the unbelievers i.e. they should not wear clothes that are specifically identities or symbols of the unbelievers’ religions.

By Dr Zakir Abdul Karim Naik

Thursday, July 9, 2009

Hijab

“And say to the believing women that they cast down their looks and guard their private parts and do not display their ornaments except what appears thereof, and let them wear their head-coverings over their bosoms, and not display their ornaments except to their husbands or their fathers, or the fathers of their husbands, or their sons, or the sons of their husbands, or their brothers, or their brothers' sons, or their sisters' sons, or their women, or those whom their right hands possess, or the male servants not having need (of women), or the children who have not attained knowledge of what is hidden of women; and let them not strike their feet so that what they hide of their ornaments may be known; and turn to Allah all of you, O believers! so that you may be successful. . “ (Qur'an 24:31)

The Quran instruct Muslims to dress in a modest way. The verses are generally interpreted as applying to all Muslim men and women. The Muslim women are asked to draw their jilbab over them (when they go out), as a measure to distinguish themselves from others, so as they are not harassed. This is the best method given by Islam to protect the women as well as to uphold their dignity and respect.

In the late 1990s, most of the Muslim women in Malaysia started to concern about the importance of wearing Hijab. This is due to the effort brought by many scholars who were there in Malaysia. Starting from that, many fashions were designed and cater to the requirement of a Muslim woman.

But nowadays the scenario has slowly changed. Some of them would prefer to free their hair and expose everything which may attract the opposite sex. They had forgotten all the verses from al-Quran and only concern about what their friends told. Even though they knew that their friends cannot help them from being tortured in the hellfire.

Why is this happened? Should we blame the west who brought all these bad cultures? Or should we blame the fashion designers? Do not put the blame to others. The mistakes were done by us basically. For me, if you had decided to free your hair or expose your awrah, it means that you had already decided to put yourself in a long queue waiting to be tortured in the hellfire. BUT, you still have time to think twice and escape from the queue if you want by returning to the right path and follow the requirement made by al-Quran. If I were you, I definitely will escape because the hellfire is not like a fire from the kitchen stove.

Saturday, July 4, 2009

Hanyutkah kita?



Terhenti seketika lamunan malam apabila terlintas di fikiran terbayangkan keadaan umat Islam kini yang semakin hari semakin hanyut dengan pukulan ombak barat dan yahudi. Memikirkan suasana dunia yang saban hari sibuk berimpikan kejayaan dan keseronokan sementara.Dunia yang dipenuhi manusia yang mengejar nama dan pangkat yang tidak ke mana. Dunia akhir zaman, yang penuh cabaran. Dan di dunia inilah kebanyakan umat Islam kini sedang berada dan terikut dengan rentak yang sebenarnya bukan rentak Islam.


Apabila beralih tumpuan kepada umat Islam di Palestin, terbayang pula wajah ronta seorang ibu membela anak dan berdoa memohon pertolongan yang maha esa untuk menamatkan sengsara. Itulah ikhtiar terakhir seorang hamba kepada Tuhannya. Di ceruk binaan, tersadai pula seorang ayah kepenatan mencari sesuap rezeki untuk membesarkan anak yang baru sahaja pandai merangkak. Namun, dari wajahnya timbul juga keyakinan untuk bertawakal kepada Allah yang Maha Kaya dan pemurah.

Dari dataran luas Afghanistan, terpapar wajah sekumpulan anak muda yang tidak jemu-jemu mempelajari ilmu al-quran, bersama-sama membina tembok semangat jihad yang sama sekali sukar diruntuhkan. Walaupun sukar dengan kemiskinan dan kepayahan untuk meneruskan hidup seharian di tanah gersang, tetapi segalanya ibarat gigitan nyamuk yang sama sekali tidak dihiraukan. Inilah semangat yang dibawa melalui rentak Islam.

Adakah mereka yang jauh dari nikmat Allah tidak dikasihi oleh Allah dan adakah mereka yang diberi nikmat pula merupakan ummat yang dikasihi? Sebenarnya nikmat Allah juga kadangkala merupakan satu ujian besar yang diturunkan untuk menguji keimanan seseorang hamba yang dinamakan istidraj. Sedarkah kita bahawa bergelumang dgn nikmat-nikmat ini kadangkala mampu menyesatkan kita? Sedarlah wahai ummah bahawa jalan yang terbaik ialah dengan bersyukur dan bukannya membiarkan diri sehingga menjadi kufur.Firman Allah:

"Sesungguhnya kamu akan diuji pada harta benda dan diri kamu sendiri. Dan sesungguhnya kamu akan mendengar(menemui banyak rintangan) dari orang-orang yang diberi kitab(ahli kitab Yahudi dan Nasrani), dan dari orang-orang musyrikin.Jika kamu bersabar dan bertaqwa, maka hal yang demikian sudah sepatutnya dihadapi(dengan bersiap sedia)."
surah ali-imran (ayat 186)


Lapangkanlah dada dan luangkanlah masa memikirkan kesusahan saudara mara kita yang pagi petang berjuang dalam kesusahan, bertahan kuat disebalik serangan dasyat,demi memurnikan dan menegakkan agama Allah. Ukiran pena ini hanyalah sekadar sajian ringan untuk sama-sama kita menghayati bahawa perlunya kita membina kekuatan sebagai satu ummah yang mantap bagi menjatuhkan agenda musuh. Sedarlah bahawa mereka sekarang sedang berseronok menonton kealpaan kita yang akan berakhir dengan kebinasaan.

Tuesday, June 30, 2009

Menutup Tirai

Alhamdulillah bersyukur kepada Allah kerana selesai sudah Perhimpunan Agung IYA 2009. Dengan itu maka selesailah sudah tugas saya sebagai presiden IYA. Banyak pengalaman pahit dan manis yang mungkin tidak dapat dilupakan sepanjang memegang amanah ini. Gembira kerana dapat membantu melaksanakan dakwah namun kadang kala sedih dan kecewa dengan beberapa sikap manusia yang suka menfitnah dan mencari kesalahan orang lain. Itu sedikit sebanyak gambaran yang dapat saya berikan sepanjang tempoh saya menjalankan tugas.

Sebenarnya tidak pernah saya inginkan tugas sebegini untuk memimpin IYA. Apa yang diinginkan hanyalah untuk membantu melaksanakan dakwah Islamiah sekadar apa yang termampu dari peringkat bawah. Sudah timbul hasrat untuk meletak jawatan sewaktu menjadi AJK Perhubungan IYA bersama pucuk pimpinan 2007/08 bagi memberi peluang kepada sahabat-sahabat lain. Namun sebelum sempat mengarang surat, datang saudara Khairil Mustafa meminta untuk meneruskan pucuk pimpinan IYA 2008/09. Memikirkan kelayakan diri yang tidak seberapa dan banyak cabaran sukar menanti, saya meminta sedikit masa untuk menimbang pelawaan itu dan beristikharah. Ramai juga sahabat yang memberikan sokongan dan keyakinan kepada saya hingga akhirnya memutuskan untuk bersetuju menerajui kepimpinan IYA 2008/09.

Banyak perkara mula bermain di benak saya untuk menambahbaikkan beberapa perkara baru tanpa mengubah apa yang ada. Perubahan yang telah berjaya dibuat bersama-sama kepimpinan 2008/09 antaranya ialah membukukan perlembagaan IYA, memulakan sistem fail yang sistematik, memohon pengiktirafan dari kedutaan untuk menjadi badan yang sah, mengadakan tazkirah mingguan kepada setiap kelas, menyediakan silibus Iqra' dan mengadakan Perhimpunan Agung yang pertama. Atas sikap proaktif dan dedikasi dari semua peringkat struktur IYA, semuanya terlaksana dengan baik.

Apa yang diharapkan ialah semoga semua ahli IYA dapat sama-sama merasai semangat kekitaan dan tanggung jawab dalam menegakkan agama Islam. Janganlah kita menilai Islam itu sebagai perkara yang remeh. Setiap daripada kita bertanggung jawab untuk memikul amanah menegakkan agama Allah. IYA telahpun melangkah jauh ke hadapan dan janganlah kita tertinggal di belakang. Marilah kita sama-sama bergerak menuju redha Allah SWT.

Tuesday, June 23, 2009

Perhimpunan Agung IYA 2009


Objektif utama:

1. Mengumpulkan semua ahli IYA bagi membincangkan sebarang isu berkaitan IYA, melontarkan komen dan idea yang boleh dijadikan usul atau cadangan untuk aktiviti-aktiviti dakwah yang sesuai dengan keadaan semasa.

2. Turut menjemput wakil-wakil dari setiap tempat seluruh India selain Manipal bagi membincangkan isu dakwah yang bersesuaian dengan biah dan waqi’ masing-masing.

3. Mengadakan majlis perletakan jawatan MT dan AJK IYA bagi tahun 2008/09 dan perlantikan MT dan AJK IYA tahun 2009/09.

4. Membentangkan segala aliran kewangan ahli dalam segala aktiviti kebajikan dan dakwah bagi mewujudkan kepimpinan yang lebih telus dan dipercayai.

5. Membentangkan laporan aktiviti-aktiviti yang telah dijalankan sepanjang tahun 2008/09.

6. Mengeratkan silaturrahim antara semua ahli IYA Manipal dan wakil-wakil dari tempat-tempat lain selain Manipal.

7. Merangka aktiviti-aktiviti dakwah dengan lebih sistematik dan berkesan.

8. Menebalkan semangat kekitaan dan rasa tanggungjawab terhadap IYA dikalangan ahli.



Maklumat Perhimpunan Agung IYA:

Tarikh : 27 Jun 2009, Sabtu

Masa : 1.45ptg hingga 5.30ptg

Tempat : Chaitya Hall, Valley View Hotel



Peranan hadirin( ahli-ahli IYA dan perwakilan):

1. Melontarkan sebarang komen yang membina sewaktu sesi dialog dimulakan.(Komen hendaklah berkaitan dengan aktiviti-aktiviti sepanjang tahun 2008/09 dan tidak menyentuh sebarang aspek peribadi mana-mana individu)

2. Menyampaikan cadangan dan usul yang mungkin boleh dilaksanakan untuk kepimpinan yang baru.

3. Membicarakan masalah-masalah semasa yang mungkin perlu dibincangkan diperingkat MT dan AJK IYA yang baru.

4. Membincangkan aktiviti-aktiviti yang mungkin boleh dilaksanakan di semua tempat pengajian di India.



Tentatif Program:

1.45pm : Ketibaan tetamu

2.00pm : Majlis bermula

-Selawat

2.15pm : Tilawah Al-Quran

2.25pm : Doa

2.30pm : Ucapan aluan Presiden IYA Manipal 2008/09

2.35pm : *Ucapan Perasmian Presiden MSA Federal, MSAI

2.50pm : Laporan Aktiviti oleh Setiausaha

3.00pm : Laporan Kewangan oleh Bendahari

3.10pm : Pelantikan AJK Baru

-Aku Janji AJK Baru (Baiah)

3.30pm : Sesi Dialog

-Bhg 1: Sesi komen terhadap aktiviti yang telah dijalankan

sepanjang sesi 2008 dan tahun sebelumnya.

-Bhg 2: Sesi cadangan dan usul bagi aktiviti yang bakal dijalankan

-Kesimpulan

4.45pm : Menjamu selera

5.30pm : Majlis bersurai


(*tertakluk kepada pindaan)